Kempen Internet Selamat (KIS) @ SK Kampong Boyan
17 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober yang lalu, NADI berpeluang mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama murid-murid SK Kampong Selamat.
Melalui aktiviti berkumpulan, para pelajar didedahkan dengan topik seperti had umur penggunaan media sosial, bahaya kandungan media sosial, serta kesan penggunaan media sosial kepada kanak-kanak bawah umur. Setiap kumpulan menunjukkan semangat dan idea yang menarik semasa berkongsi pandangan mereka.
Guru-guru turut memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan yang digunakan, manakala murid-murid pula sangat teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang mesra. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar menggunakan internet dengan lebih bijak dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: